Presidennya Datuk Mohd Firdaus Abdullah berkata, antaranya adalah peniaga tidak meletakkan tanda harga dan harga makanan yang mahal.
Kebanyakannya melibatkan aduan di Selangor, Pahang, Perak, Johor, dan Sabah, hasil tinjauan Biro Pemantauan badan bukan kerajaan itu.
“Kebanyakan pengguna yang membuat aduan rasa tertipu dengan harga makanan yang mahal seperti ayam golek iaitu RM14 kepada RM18 seekor dan dua biji karipap bersaiz kecil berharga RM1,” katanya dilapor Utusan Malaysia.
Beliau menasihati pengguna supaya tidak terlalu ghairah membeli makanan di bazar Ramadan kerana boleh mendorong peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.
Pada masa sama punca kenaikan harga makanan juga disebabkan pembekal yang menjual dengan harga tinggi, kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula.
“Kita lihat 80 peratus harga tersebut dinaikkan oleh pembekal manakala hayna 20 peratus peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga untuk mendapatkan keuntungan semata-mata,” kata Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Muhammad Yusuf Azmi.
“Selain pengguna, peniaga kecil-kecilan turut menerima tekanan sehingga terpaksa menaikkan harga jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini.”
Katanya, pembekal perlu dipantau agar tidak meletakkan harga yang mahal sesuka hati supaya tidak menyusahkan pengguna dan pemborong. - Themalaymailonline.com
Ratusan Pengguna Mengadu Bazar Ramadan Cekik Darah
Reviewed by Admin
on
12:00:00 PG
Rating: