9 Negara Menentang Pengiktirafan Palestin!



Penantian 65 tahun rakyat Palestin berakhir apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada 29 November 2012 pada Khamis. Tahniah kepada rakyat Palestin

Berikut sembilan negara yang memberikan suara menolak dalam rancangan resolusi pengiktirafan status negara Palestin:

  • Kanada
  • Republik Czech
  • Israel
  • Marshall Islands
  • Mikronesia
  • Nauru
  • Palau 
  • Panama 
  • Amerika Syarikat

Selain AS dan Israel, tujuh negara tersebut hanyalah negara-negara kecil yang tidak membawa pengaruh besar terhadap Palestin

Di samping sembilan negara yang menentang, terdapat sejumlah 138 negara yang menyokong dan 41 berkecuali, serta tiga negara tidak hadir.

Sementara Kesatuan Eropah, terdapat 17 negara yang menyatakan sokongan untuk pengiktirafan Palestin, diantaranya Austria, Perancis, Itali, Norway, dan Sepanyol. Sementara negara Eropah lain termasuk England dan Jerman memilih berkecuali.

9 Negara Menentang Pengiktirafan Palestin! 9 Negara Menentang Pengiktirafan Palestin! Reviewed by Admin on 10:06:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.