Jual Lukisan Bantu Rakyat Gaza


Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU - Lima pelukis sedang mengadakan pameran lukisan mereka di sebuah hotel di sini sejak dua bulan lalu bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada rakyat Gaza.

Sebanyak 30 lukisan pelbagai tema dipamerkan termasuk yang menggambarkan kesengsaraan penduduk Palestin dan sehingga kini mereka berjaya mengumpul kira-kira RM15,000 dan RM1,000 telah disumbangkan untuk Gaza.

"Hanya ini bakat yang kami ada dan sebagai pelukis kami tidak mahu ketinggalan untuk menyumbangkan sedikit hasil jualan lukisan untuk meringankan penderitaan saudara seagama di Gaza.

"Ini adalah usaha jualan amal pertama untuk Gaza dan kami ingin meneruskannya sampai bila-bila, tidak terhad hanya selepas peperangan ditamatkan dan gencatan senjata dicapai," kata salah seorang pelukis itu A.Halim Omar, 33.

Lukisan mereka bernilai antara RM800 hingga RM10,000. - Bernama

Jual Lukisan Bantu Rakyat Gaza Jual Lukisan Bantu Rakyat Gaza Reviewed by Admin on 8:10:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.