Penyamun Amatur


RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek menarik keluar mesin ATM.

Machang: Walaupun berjaya menarik keluar mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di sini, semalam, dua lelaki bertopeng berputih mata apabila gagal memecahkan mesin mengandungi wang RM178,550 itu, dipercayai kerana kurang pengalaman selain kesuntukan masa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang Asisten Superintendan Loo Lian Lai berkata, dalam kejadian jam 5.30 pagi, kedua-dua suspek menaiki Proton Waja sebelum turun dari kereta, mengikat mesin ATM dengan kabel dan menariknya menggunakan kereta itu.

Katanya, seorang saksi yang melihat kejadian itu segera menghubungi polis.

“Mesin ATM ditarik 50 meter dan kedua-dua suspek cuba memecahkannya untuk mengeluarkan peti wang, tetapi gagal sebelum mereka melarikan diri,” katanya.

Loo berkata, pemeriksaan terhadap mesin ATM itu mendapati tiada peti wang hilang dan ia disahkan pegawai operasi bank.


Penyamun Amatur Penyamun Amatur Reviewed by Admin on 9:39:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.