KWSP Sebenarnya Sediakan Bantuan RM 2500 Setiap 6 Bulan Kepada Semua Pencarum KWSP



EMAIL/WHATSAPP/FACEBOOK BERANTAI MENGENAI BANTUAN KEMATIAN KWSP

PERHATIAN kepada semua orang yang mempunyai akaun KWSP! Tidak kira berapa umur anda, tidak kira berapa lama anda memegang akaun KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada dalam akaun KWSP, dan tak kira berapa lama anda telah mencarum untk KWSP. mengikut Undang-undang Kerajaan, KWSP perlu membayar RM 2500 untuk keluarga pemegang akaun KWSP apabila pencarum meninggal dunia (ahli keluarga perlu menuntut RM 2500 dalam tempoh 6 bulan). KWSP tidak pernah memberitahu kepada semua tentang ini, sangat sedikit orang yang benar-benar menerima RM 2,500 apabila ahli keluarga meninggal dunia kerana tidak ramai yang tahu tentang perkara ini. Di manakah RM 2,500 pergi apabila keluarga si mati itu tidak menuntut? poket seseorang?? Kita tidak tahu! Oleh itu, sila sampai maklumat ini kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan rakan-rakan, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk menuntut RM2500 apabila dalam keluarga mereka ada yang meninggal dunia. Jangan biarkan RM 2500 pergi ke poket seseorang!

MAKLUM BALAS KWSP

Maklumat di atas yang disebarkan melalui emel, whatsapp dan facebook mengenai KWSP tidak memaklumkan tentang Bantuan Kematian KWSP adalah tidak benar. KWSP ingin memaklumkan ahlinya bahawa Bantuan Kematian sebanyak RM2,500 akan dibayar kepada waris ahli sebagai tanda simpati bagi meringankan beban kewangan mereka. Bagaimanapun, bayaran ini dibayar hanya sekali dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

 Warganegara Malaysia.

 Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian.

 Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.

Bantuan Kematian dibayar kepada waris ahli apabila permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dan akan dimaklumkan kepada waris ketika permohonan dibuat. Ini bermakna waris tidak perlu membuat permohonan secara berasingan untuk mendapatkan bantuan kematian ini.

KWSP juga ingin menjelaskan bahawa bayaran Bantuan Kematian ini dibuat daripada pendapatan pelaburan KWSP dan bukan daripada simpanan ahli. Jika waris ahli tidak layak menerima Bantuan Kematian ini mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, wang tersebut masih berada di KWSP dan diagihkan kepada semua ahli dalam bentuk dividen.

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Sumber: kwsp.gov.my

KWSP Sebenarnya Sediakan Bantuan RM 2500 Setiap 6 Bulan Kepada Semua Pencarum KWSP KWSP Sebenarnya Sediakan Bantuan RM 2500 Setiap 6 Bulan Kepada Semua Pencarum KWSP Reviewed by Admin on 7:36:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.