Kelebihan Dan Fadhilat Surah Al-Kahfi


ayat Surah Al-Kahfi, kelebihan Surah Al-Kahfi, fadhilat Surah Al-Kahfi, kegunaan Surah Al-Kahfi, hadith Surah Al-Kahfi

Al-Qur`an adalah kitab suci umat islam yang memiliki kelebihan dari seluruh kitab-kitab yang lain sebelumnya, membaca Al-Qur`an diniliai suatu ibadah yang besar walaupun orang tersebut tidak memahaminya, diantara surah-surah yang memiliki kelebihan dan keistimewaan dalam membacanya adalah surah Al-Kahfi, demikian juga surah Al-Kahfi memiliki kelebihan dan keistimewaan jika dibaca pada hari Jumaat.

Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki seratus sepuluh ayat, begitu banyak hadits-hadits yang telah menceritakan kelebihan surah ini, sebahagian hadits yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab Shahihnya :

Ertinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awan pun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala di pagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898)

Ertinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jumaat yang dia baca kepada jumaat yang berikutnya. ( H.R Baihaqi) 

Ertinya
 : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jumaat. ( H.R Hakim dalam Mustadrak)

Ertinya 
: Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq.

Ini sebahagian hadits yang menceritakan tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi.
Marilah bersama-sama menghidupkan salah satu sunnah Rasulullah SAW ini.
sumber

Kelebihan Dan Fadhilat Surah Al-Kahfi Kelebihan Dan Fadhilat Surah Al-Kahfi Reviewed by Admin on 8:51:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.