Demikian antara 'imbasan kembali' bibit pertemuan semula Kazim dan Asri selepas dilaporkan berlaku pergeseran sebelum ini sepertimana yang 'dicuit' oleh moderator program Pentas Dakwah, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi siaran TV Al-Hijrah yang berlangsung malam ini.
Jelas Asyraf, 'sapaan' itu diibaratkan sebagai satu teladan yang sangat baik.
"Ini satu suri teladan apabila pertelagahan boleh terus berdamai, inilah pengajaran yang baik," katanya.
Sementara itu, Asri ketika ditanya mengenai perkara tersebut, berkata: "...sebagai seorang Muslim, kita perlu melihat kepada penyelesian berdasarkan anjuran agama kita (Islam) kerana panduan Islamlah yang dapat meleraikan segala kekusutan.
"Kita kembali kepada Islam, lihat teladan orang-orang soleh terdahulu dalam menyeleraikan perbezaan pendapat.
"Apa yang penting kepentingan agama mengatasi kepentingan diri," jelasnya.
Dalam pada itu, Kazim pula berkata , perbezaan pendapat haruslah diurus dengan baik, bagi mengelak ia bertukar menjadi 'tragedi'.
"Apabila kepelbagaian tidak dihormati jadi pergaduhan, sampai tak boleh berbaik, ini kita tak nak.
"Prinsip saya kalau kamu ada masalah terus rujuk ALLAH dan Rasul," jelasnya.
Terdahulu, kedua-dua tokoh tersebut dilaporkan bertemu dan berbincang dalam suasana santai di Kangar, Perlis setelah timbul perbezaan pendapat antara mereka sebelum ini. - Sinar
Syabas Dr Asri, Ustaz Kazim!
Reviewed by Admin
on
9:55:00 PG
Rating: