Kecantikan Sebenar Seorang Muslimah



Kecantikan wanita sebenarnya ada pada:

1. Kecantikan wanita ada dalam iman dan taqwa yang menyejukkan mata kaum lelaki yang memandangnya. Seseorang wanita yang menghiasjasmaninya dengan iman dan taqwa akan memancarkan cahaya syurga. Dengan kepatuhannya menjalankan ibadah, dia akan menjadi seorang yang mempesonakan. Allah s.w.t.akan memberikan kecantikan asli. Tidak perlu kosmetik yang mahal-mahal atau perfium yang berlebihan.

2. Kecantikan wanita ada pada kehangatan sikapnya yang mampu mengetarkan emosi dan cinta lelaki. Secara umumnya lelaki memang mudah tergoda terhadap perempuan yang mempunyai fizikal yang elok. Tetapi itu semua tidak kekal, kehangatan kasih sayang dan cinta yang tuluslah yang akan membuat lelaki merasa bahagia dan selesa apabila berada di sisinya.

3. Kecantikan wanita ada pada kelembutannya. Kelembutan itu bukan bererti manja, lembut dalam tingkahlakunya bersama suami dan lembut pada anak-anaknya tetapi tegas dalam mendidik.

4. Kecantikan wanita berada dalam pandangannya yang teduh dan suaranya yang hangat. Walaupun matanya tak seindah bintang kejora, setiap wanita boleh memiliki mata embun, teduh dan sejuk. Dia sentiasa bersangka baik. Setiap perkataanya bukan pisau yang menikam tetapi adalah bara yang menyalakan semangat didada. Tidak ada kata yang sia-sia yang terucap dari bibirnya.

5. Kecantikan wanita ada dalam senyumannya yang menambahkan lagi kecantikannya dan membuatkan hati orang yang melihatnya gembira. Senyum adalah sedekah, senyum tanpa bermaksud menggoda dan apatah lagi ianya boleh menambahkan lagi seri diwajah kita. Walaupun berwajah cantik tetapi kedekut senyuman tak guna juga kan?

6. Kecantikan wanita ada pada intelektualnya. Bukan pada sarjananya atau dimana dia belajar. Banyak ilmu-ilmu yang boleh diambil dari sekeliling. Kehidupan menjadi sekolah yang tidak pernah tamat sebelum ajal menjelang. Tidak ada sekolah atau universiti yang boleh menjadikan seorang wanita itu isteri dan ibu yang baik. Ruang dan waktulah yang akan membuatkan seorang wanita menjadi isteri dan ibu yang baik.

7. Kecantikan wanita berada pada sejauh mana pengetahuan tentang tanggungjawabnya terhadap keluarga, rumah, anak-anak dan masyarakat. Wanita adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Seberapa jauh pengetahuan seorang wanita akan terlihat dari tingkahlaku keluarganya. Dia selalu menjadi orang yang bermanfaat bagi orang-orang di sekelilingnya. Desebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada sorang wanita di belakangnya.

8. Kecantikan wanita ada pada kemampuan dan keinginannya untuk memberi. Mungkin kita miskin harta tapi kita kaya dengan hati. Selalu memberi tanpa mengharapkan balasan. Dia sentiasa bersama semasa dalam senang dan susah, dalam gembira dan kesedihan. Kemurahan hatinya akan membuatkan orang akan selalu merinduinya.

Kecantikan Sebenar Seorang Muslimah Kecantikan Sebenar Seorang Muslimah Reviewed by Admin on 9:55:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.