Projek Tanah Perkuburan



‘Projek Tanah Perkuburan’ ialah menghidupkan semula pesawat perang usang yang tidak digunakan lagi di padang pasir Arizona apabila artis grafiti dibenarkan mempamerkan kemahiran mereka.

Projek berkenaan, ilham penaungnya, Eric Firestone, lebih 30 pelukis grafiti terbaik dunia terlibat untuk memberi nafas baru kepada lima jet Tentera Udara Amerika Syarikat yang musnah dengan lukisan mereka.

“Bahagian pertama Projek Tanah Perkuburan, ‘Tugasan Muncung’ bermula pada musim panas 2011 dengan satu pameran muncung pesawat yang diambil dari jet tentera dan diserahkan kepada artis untuk dijadikan ‘kanvas berbentuk aneh,’” kata Firestone.


Bahagian kedua siri itu, ‘Pilihan daripada Projek Tanah Perkuburan’ mempamerkan lima tugasan pada pesawat tentera hasil kerja pelukis grafiti dan artis jalanan terkenal yang dipilih dari seluruh dunia.

Ada bahagian yang mengambil masa tiga hari untuk dilukis manakala yang lain, beberapa minggu. Ada yang disiapkan oleh seorang artis dan ada pula yang memerlukan lima pelukis pada satu-satu masa.

Kawasan padang pasir seluas 2,600 ekar itu menempatkan lebih 4,400 pesawat usang termasuk kapal terbang pengebom B-52, F14 Tomcat dan A-10 Thunderbolt yang terkenal sebagai jet pemusnah kereta kebal, Pesawat yang tidak digunakan lagi itu dengan nilai kira-kira AS$35 juta (RM105 juta) disimpan di kawasan berkenaan sebagai alat ganti untuk model pesawat perang yang masih digunakan.

Beberapa pesawat disimpan di pangkalan berkenaan sementara tidak digunakan tetapi lebih 80 peratus daripada 4,200 pesawat terbabit sudah dibersarakan, menjadikan kawasan itu bagaikan satu pusara keluli yang amat luas.


Padang pasir menjadi tempat terbaik untuk menempatkan pesawat yang sudah tidak digunakan itu kerana kadar kelembapan yang rendah serta kekurangan hujan bermakna ia tidak berdepan dengan masalah karat secara berleluasa. Tambahan pula, tanahnya yang keras membolehkannya diletakkan tanpa perlu membina tanjakan konkrit.

Pameran itu kini berlangsung di Muzium Udara dan Angkasa Pima di Tucson hingga pertengahan Mei.

sumber

Projek Tanah Perkuburan Projek Tanah Perkuburan Reviewed by Admin on 10:56:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.