Pelik! Buah Kelapa Ini Boleh Bersuara..



Warga Dusun Pamasalak, Pekon Sinarbaru, Sukoharjo, Kabupaten Pringsewu, Lampung, dihebohkan dengan buah kelapa yang boleh bersuara. Buah kelapa milik Rustam Nawawi (47) itu boleh mengeluarkan suara seperti suara anak ayam. Kejadian aneh itu kali pertama diketahui oleh seorang jiran Rustam bernama Yogi. Ketika hendak memasak air di dapur rumah Rustam, Yogi mendengar suara seperti anak ayam. Suara itu jelas mengejutkannya kerana di sekitar rumah tidak ada yang memiliki anak ayam. Dia sempat terfikir suara itu merupakan dering telefon bimbit, namun ketika diperiksa seisi rumah, tidak ada telefon yang berbunyi.

Merasa ada keanehan, Yogi dan Rustam mencari sumber suara tersebut. Ternyata, suara datang dari tumpukan kelapa di bawah meja dapur. Mereka memeriksa dan mendapati suara itu berasal dari sebuah kelapa kering. “Saya ingin tahu dan mengupas kulit kelapa mungkin ada sesuatu di situ, tetapi tidak ada,” ujar Rustam. “Bunyinya, seperti anak ayam, 'ciep, ciep, ciep',” ujarnya sambil meniru suara itu. Infomasi tentang kelapa yang boleh mengeluarkan suara itu dengan cepat tersebar kepada seluruh penduduk yang mendatangi rumah Rustam. Anehnya, tidak semua orang yang datang boleh mendengar suara itu.

Pelik! Buah Kelapa Ini Boleh Bersuara.. Pelik! Buah Kelapa Ini Boleh Bersuara.. Reviewed by Admin on 7:25:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.