Kenapa Undang-Undang Islam sangat Berat?



Tidak berperikemanusiaan, dihukum seperti binatang, hukuman zaman batu inilah pendapat yang sering diberikan terhadap hukuman-hukuman Islam. Ada segelintir umat Islam sendiri pun berpendapat sebegitu . Allah SWT telah mengakui dalam Al Quran bahawa : Manusia telah dicipta dalam keadaan yang sangat lemah”. Takkan Allah SWT tidak mengetahui manusia memang mudah tertipu dengan syaitannya dan mudah terikut hawa nafsunya ?. Adakah Allah SWT langsung tidak mengasihani manusia?.

Allah hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (An-Nisaa: 28)

Kita manusia yang ada akal fikiran harus faham satu aspek yang sangat penting dalam undang-undang Agama Islam. Hukuman yang Allah SWT tentukan di dalam Al Quran bukan untuk menghukum atau menyeksa manusia yang melakukan kesalahan, seperti dipercayai kebanyakan manusia, sebaliknya tujuan utama undang-undang ini ialah untuk mencegah dan mengelak manusia daripada melakukan kesalahan.

Contohnya :

Katakanlah tangan anda akan dipotong jika anda mencuri atau meragut adakah anda berani mencuri atau meragut?. Sudah tentu tidak, siapakah yang sudi kehilangan sebuah tangan. Jika anda tanya kepada orang yang kehilangan harta benda dan tercedera semasa dirompak atau diragut ; sudah tentu mereka akan mengakui bahawa hukuman Islam adalah adil dan wajar. Hanya orang yang kehilangan sesuatu harta atau barang, akan kenal kepentingan barang dan harta yang dicuri. Hanya mangsa yang tahu masalah dan penderitaan yang timbul dari peristiwa tersebut.

Motif utama undang-undang Islam yang keras hanya satu untuk menggelakkan manusia dari melakukan kesalahan dan menambah dosa mereka. Apabila tiada manusia yang melakukan kesalahan, tidak siapa yang akan dihukum.

Jika kamu tak nak kehilangan tangan; Jangan mencuri.
Jika kamu tak nak mati; Jangan Membunuh
Jika kamu tak nak disebat; jangan buat maksiat

Mudah sahaja !

Jika Kamu tidak menyakiti sesiapa maka kamu tidak akan disakiti.
Jika kamu tidak membunuh sesiapa, Maka kamu tidak akan dibunuh.

Mudah sahajakan !

Hukuman Islam sangat-sangat berat tetapi tujuan hukuman tersebut ialah untuk mengelakkan kesalahan berlaku dan menghalang jenayah bukan untuk menyeksa manusia. Jenayah apa yang sering dan paling banyak berlaku di negara ini?. Mencuri, meragut dan sebagainya. Kenapa? kerana hukumannya sangat ringan. Jenayah apa yang sangat kurang dan jarang berlaku di negara ini?, membunuh, merogol dan sebagainya Kenapa?. Kerana hukumannya sangat berat. Jika kerajaan meringankan hukuman untuk membunuh, sudah tentu jenayah tersebut akan berlaku dalam bilangan yang banyak.

Katakanlah kerajaan mengumumkan dari hari esok sesiapa yang melakukan jenayah merogol akan ditembak mati serta merta. Adakah sesiapa akan melakukan jenayah tersebut?. Sudah pasti tidak. Kalau perempuan menawarkan diri untuk membuat maksiat sekalipun, tiada lelaki yang akan menerimanya, kerana takut ditembak mati. Manusia hanya dapat dikawal dan dididik dengan hukuman. Hukuman Islam ialah, hukuman yang disyorkan oleh Allah SWT, pencipta sekalian alam. Hukumannya pasti adil dan betul.

Tujuan utama undang-undang Islam ialah untuk menjaga hak anda, menjaga keluarga anda, untuk menyelamatkan harta anda, untuk menyelamatkan diri anda, melindungi maruah kaum wanita, untuk menyelamatkan manusia yang lemah, dan tiada tujuan lain.

Hukuman yang dijatuhkan dengan nama Islam perlu diteliti dan disiasat, perlu dirujuk dan dikaji mengikut Al Quran dan Hadis terdahulu sebelum menggubal sesebuah hukuman. Hukuman yang diberikan sekarang tidak boleh diikuti hukuman yang Nabi atau sahabat Nabi berikan pada zamannya walaupun untuk kesalahan yang sama. Undang-undang Islam hanyalah, undang-undang dan hukuman yang Al Quran tentukan.

Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. (Al-Baqara: 66)
sumber

Kenapa Undang-Undang Islam sangat Berat? Kenapa Undang-Undang Islam sangat Berat? Reviewed by Admin on 5:57:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.