Kereta Mukhriz Mahathir Kemalangan Di Rempuh Wira


Bahagian depan kereta rasmi jenis Mercedes Benz dinaiki Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir dirempuh sebuah Proton Wira dipercayai akibat masalah teknikal berikutan jalan licin ekoran hujan di persimpangan Jalan Yui, Padang Mat Sirat, semalam.


Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, Mukhriz bersama pemandunya yang dalam perjalanan dari Ulu Melaka ke Padang Mat Sirat dikatakan untuk menghadiri mesyuarat tidak mengalami sebarang kecederaan.


Difahamkan, anggota polis pengiring yang menaiki motosikal sudah memberi isyarat kepada kenderaan awam supaya memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan kepada kenderaan Menteri Besar.

Bagaimanapun, Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 40-an dari arah Padang Mat Sirat ke Kuah mengalami masalah teknikal menyebabkan kenderaan itu menggelongsor lalu merempuh kereta yang dinaiki Mukhriz.

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, anggota trafik sudah memberi isyarat kepada kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat supaya memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan kepada kenderaan rasmi Menteri Besar untuk membelok ke kanan. - hmetro

Kereta Mukhriz Mahathir Kemalangan Di Rempuh Wira Kereta Mukhriz Mahathir Kemalangan Di Rempuh Wira Reviewed by Admin on 10:16:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.