Johan Raja Lawak & Ozlyn Dapat Anak Perempuan



Setelah mendapat 3 cahaya mata lelaki, akhirnya Johan dan Ozlyn telah pun dikurniakan cahaya mata perempuan pertama mereka pada 25 November 2014 yang lalu. Dilahirkan dengan berat 4.11kg, berita gembira ini telah pun disampaikan oleh Johan sendiri menerusi akaun Instagram mereka. Jutaan tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri. Pasti kedua-duanya sedang excited menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.

Namun begitu di kala bergembira dengan kehadiran si ‘princess’, Johan dan Ozlyn turut sama diuji dengan berita pemergian nenda kesayangan mereka. Tulis Johan:-

Assalammualaikum semua.. pertama skali sya nk ucapkan alhamdulillah dan syukur pd Allah s.w.t krn telah mempermudahkan segala2nya.. isteri sya telah pon selamat melahirkan puteri sulung dan merupakan anak ke 4 kami pd 25hb nov dgn berat 4.11kg.. seperti biasa sya x pernah kongsikan wajah penuh anak2 sya.. rezeki memsg kalau dpt jumpa dpn2.. dpt la tatap wajah anak2 sya..

maaf jika ada yg x terreply wassap atau text dgn kata2 tahniah.. sya perlu beri isteri sya ruang utk berehat memandangkan ketika menyambut berita gembira kelahiran kami juga diuji dgn berita yg sedih.. nenda kesygan kami telah kembali kerahmatullah dan selamat dikebumikan semlm.. harap semua memahami situasi kami sekeluarga terima kasih atas doa dr kalian.. moga Allah melindungi kita semua dunia akhirat amin..

Semoga Johan dan Ozlyn bersabar dengan ujian yang menimpa mereka. Apa pun, sekali lagi tahniah diucapkan. Semoga si ‘princess’ membesar dengan sihat dan sempurna. Sama-samalah kita doakan.


Johan Raja Lawak & Ozlyn Dapat Anak Perempuan Johan Raja Lawak & Ozlyn Dapat Anak Perempuan Reviewed by Admin on 1:06:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.