Terlepas Pesawat Kerana Tidak Baca Emel



JAKARTA, (MLP) - Ari Putro, seorang penduduk di Surabaya menyatakan bahawa beliau dan sembilan ahli keluarganya terlepas penerbangan AirAsia QZ8501 kerana tidak membaca emel.

Menurut Ari, beliau dan ahli keluarga lain sampai di lapangan terbang pada jam 5.30 pagi kerana pesawat tersebut sepatutnya berlepas pada jam 7.30 pagi.

Ari dilaporkan tidak membaca emel yang menyatakan terdapat perubahan dalam waktu pelepasan pesawat QZ8501.

Sinar Harian lapor, beliau membuat keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan walaupun diberi peluang untuk naik penerbangan seterusnya kerana pihak pengurusan memberitahu bahawa mereka terputus hubungan dengan penerbangan QZ8501.

Pesawat QZ8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura pada 7.24 pagi waktu tempatan setelah dilaporkan terputus perhubungan dengan pusat kawalan udara.


Terlepas Pesawat Kerana Tidak Baca Emel Terlepas Pesawat Kerana Tidak Baca Emel Reviewed by Admin on 3:04:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.