Tragis! Penunggang Motosikal Maut Rempuh Lori Rosak



Georgetown: Seorag penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah lori di Kilometer 7.2 Jambatan Pulau Pinang, hari ini.

Dalam kejadian 12.45 tengah hari itu Mohamad Nizam Othman, 41, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

Jurucakap trafik berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah.

"Ketika itu tayar lori yang membawa muatan barang kitar semula pancit dan pemandunya terpaksa berhenti di tepi jalan.

"Namun, mangsa tidak sempat mengelak dan terus merempuh lori terbabit," katanya.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan akan mengambil keterangan pemandu lori berkenaaan.



Tragis! Penunggang Motosikal Maut Rempuh Lori Rosak Tragis! Penunggang Motosikal Maut Rempuh Lori Rosak Reviewed by Admin on 7:54:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.