Kayu Merengek kepada Rasulullah SAW



Daripada Hadis Anas Bin Malik ra katanya: “ Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW berdiri pada hari Jumaat lalu menyandarkan belakangnya kepada tunggul pohon kurma di Masjid Nabi. Nabi SAW berkhutbah kepada manusia. Selepas itu , seorang lelaki berasal dari Rom berkata, “ Adakah kamu hendak aku buatkan mimbar yang boleh kamu duduk di situ dan ianya seumpama kamu berdiri?”

Lalu lelaki itu membuat mimbar yang ada dua anak tangga dan duduk di tingkat yang ketiga. Apabila Nabi SAW duduk di atas mimbar , pokok menguak seperti lembu menguak sehingga bergema masjid. Suara ini kerana sedih Rasulullah SAW bakal meninggalkanya. Lalu Rasulullah SAW turun mimbar dan memeluknya dalam keadaan pokok itu menguak. Ia pun diam setelah dipeluk oleh Nabi SAW.

Kemudian Nabi SAW bersabda:

“ Demi Tuhan yang mana diri Muhammad berada dalam kekuasaanya, kalau aku tidak mendakapnya , nescaya ia akan berbunyi sebegini sehinggalah hari kiamat. Ini kerana kesedihanya terhadap Rasulullah SAW.” ( H.R Bukhari- Sahih )

Hasan al Basri menangis setiap kali beliau meriwayatkan hadis ini. Beliau berkata

“ Kayu merengek kepada Rasulullah SAW kerana rindukan Rasulullah SAW disebabkan kedudukan Baginda SAW. Kamu lebih patut merindui untuk bertemu Rasulullah SAW.

Kita sebagai manusia yang beriman seharusnya mengingati Rasulullah SAW sentiasa. Mereka yang menyintai Rasulullah SAW selepas menyintai Allah SWT, dan cintanya melebihi cinta terhadap ibu bapa , saudara dan dirinya sendiri, nescaya ganjaran besar sedang menanti. Orang itu dijamin oleh Nabi Muhammad SAW akan dimasukkan ke dalam Jannah ( Syurga )

Kayu Merengek kepada Rasulullah SAW Kayu Merengek kepada Rasulullah SAW Reviewed by Admin on 9:49:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.