Ustaz Bollywood Tampil Beri Penjelasan Selepas Di Tegur Mufti Perak



KUALA LUMPUR 13 Mac – Pence­ramah bebas, Haslin Baharim menerima teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria secara terbuka tetapi mempertahankan pendekatan yang digunakannya dalam berdakwah.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Bollywood bagaima­napun mempersoalkan apakah menjadi satu kesalahan bagi seseorang pendakwah menyampaikan dakwah dalam bentuk jenaka atau nyanyian bagi menarik perhatian orang ramai.

Katanya, setiap pendakwah mempunyai pendekatan atau cara yang tersendiri dalam menyebarkan ilmu, yang bukannya untuk dijadikan ikutan oleh mana-mana pihak.

“Saya menerima kritikan dan teguran daripada mana-mana pihak namun persoalannya, apakah cara gurauan nya­nyian menjadi satu kesalahan besar dalam dunia dakwah pada zaman moden ini yang dilihat lebih dekat dengan jiwa masyarakat.

“Dalam dakwah umum contohnya, kita tidak tahu latar belakang khalayak yang hadir. Bagi menarik minat mereka, cara dakwah perlu digarap dengan unsur humor untuk menarik minat mereka mendengar ilmu disampaikan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Harussani dalam laporan akhbar semalam menegur beberapa pendakwah yang disifatkan beliau sebagai ‘penglipur lara’ kerana berjenaka ketika berceramah serta menggunakan nama fasik se­perti panggilan ‘Ustaz Bollywood’.

Mengulas lanjut, Haslin berkata, pendekatan dakwah yang diselitkan bersama unsur-unsur humor dan nyanyian, hanya digunakan mengikut kesesuaian sesebuah majlis ilmu itu.

“Seseorang pendakwah itu perlu tahu membezakan keadaan majlis dakwah mengikut kesesuaian tempat, audiens dan masa,” katanya.

Mengulas mengenai nama gelaran ‘Ustaz Bollywood’ yang dikatakan menggunakan nama fasik, Haslin berkata, perkara tersebut telah dijelaskan di hadapan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan tahun lalu.

“Nama tersebut bukan saya sengaja letak, sebaliknya diberikan oleh peminat kerana menggunakan pendekatan nyanyian lagu-lagu Bollywood yang digunakan dalam penyampaian dakwah.

“Segala-galanya telah diperjelaskan dan tiada larangan daripada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Lebih menarik lagi, penggunaan perkataan tersebut berjaya menarik minat penduduk dari kawasan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak hadir ke ceramah yang diadakan,” jelasnya.




Susulan teguran ini ramai pengguna facebook mengkritik tindakan Mufti Perak tersebut dengan menyatakan kerajaan lulus hiburan terlampau tak nak tegur orang yang samapai kuliah dicari salahnya

Lebih pedas lagi ada yang mengatakan mufti Perak takut kehilangan alaun dan jawatan kerana tidak berani tegur isteri-isteri menteri yang tidak menutup aurat.



Ustaz Bollywood Tampil Beri Penjelasan Selepas Di Tegur Mufti Perak Ustaz Bollywood Tampil Beri Penjelasan Selepas Di Tegur Mufti Perak Reviewed by Admin on 7:33:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.