Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tip yang nak dikongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama-sama kita belajar…
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
- 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
- Letakkan no 2 selepas jawapan.
- Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
- 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
- Letakkan no 2 selepas jawapan.
- Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
- 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
- Letakkan no 2 selepas jawapan.
- Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442
Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yang menulisnya…Amiin.
p/s: Contoh di atas adalah untuk Quran standard (Resm Uthmani) yang biasanya digunakan oleh umum untuk mengaji dsb sahaja.
Cara Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran
Reviewed by Admin
on
1:00:00 PTG
Rating: