Sedih : Guru Kehilangan Isteri Dan 3 Anak Dalam Kemalangan Ngeri (3 Gambar)



Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kenderaan dipandu mangsa dari arah Bangi ke Kajang dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori. Rempuhan kuat turut menyebabkan pemandu lori mengalami kecederaan dan terpaksa mendapat rawatan di hospital. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mereka yang terkorban adalah Rohaya Md Rabi, 35; Nor Nabila Al Huda Mohd Taufid, 9; Nor Nabila Ah Hanan, 7, dan Mohd Nabil Lutfi Al Hadif, 1.


Anak mangsa yang kritikal dikenali sebagai Mohd Nabil Lutfan Al Husni, 3. Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Kancil dipandu mangsa bertembung dengan lori menyebabkan mangsa yang memandu tersepit. “Akibat pelanggaran itu, sebuah van turut merempuh bahagian belakang lori dipercayai akibat tidak sempat menekan brek,”katanya. Empat mangsa yang maut dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala dua mangsa yang cedera masih menerima rawatan di Hospital Kajang. - SH

Sedih : Guru Kehilangan Isteri Dan 3 Anak Dalam Kemalangan Ngeri (3 Gambar) Sedih : Guru Kehilangan Isteri Dan 3 Anak Dalam Kemalangan Ngeri (3 Gambar) Reviewed by Admin on 9:51:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.