Tegas Pertahankan Kepentingan Dunia Islam, Sedia Letak Jawatan KUIS



KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pendiriannya dan mahu Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) teguh berdiri, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau negara.

Katanya, beliau pergi ke persidangan di Iran pada minggu lalu kerana beliau adalah ahli kepada Majma’ Taqrib’yang ditubuhkan dalam tahun 1980, lapor Buletin Online.

Beliau berkata demikian kepada media apabila ditanya tentang kedudukan dalam KUIS dan pemergian ke Iran, selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Masjid Rusila, hari ini.

"Saya hadir dengan pandangan saya terhadap perpaduan ulama tanpa mengira Sunni dan Syiah, mereka perlu bersatu dan saya kritik Iran,” jelasnya yang juga Naib Ketua KUIS.

Tegasnya, beliau tidak tunduk kepada mana-mana kerajaan dan terpengaruh kepada Barat atau Timur serta bercakap atas kepentingan Islam semata-mata.




Sumber: harakahdaily.net.my

Tegas Pertahankan Kepentingan Dunia Islam, Sedia Letak Jawatan KUIS Tegas Pertahankan Kepentingan Dunia Islam, Sedia Letak Jawatan KUIS Reviewed by Admin on 8:46:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.