Wanita Dicampak Dan Dibakar Dalam Perigi Buta


ALOR GAJAH - Akibat merampas kekasih orang lain, seorang wanita warga Indonesia dibunuh dan mayatnya dicampak ke dalam perigi sebelum dibakar di ladang tembikai susu, Solok Menggong di sini.

Endang Mariani dicampak ke dalam perigi sedalam lima meter sebelum dibakar. Gambar kecil: Endang Mariani

Mayat Endang Mariani Muhammad Rau, 28, hanya ditemui selepas tiga hari oleh pemilik ladang berkenaan kira-kira 6.30 petang kelmarin selepas terhidu bau busuk berdekatan kawasan kejadian.

Wanita dari Lombok Barat, Indonesia itu dipercayai dibunuh oleh suspek yang cemburu, setelah mangsa menjalin hubungan sulit dengan lelaki berusia 30-an .

Selain itu, mangsa dikatakan membawa tinggal kekasihnya itu di rumah yang juga kebetulan didiami suspek.

Suspek berusia 29 tahun kemudian bertindak keluar dari rumah berkenaan namun pada masa sama dipercayai merancang untuk membalas dendam hingga membawa kepada pembunuhan mangsa yang bekerja di ladang cendawan, Bukit Hantu, Lendu.

Menurut sumber, dipercayai gara-gara cemburu dengan hubungan itu, mangsa dibunuh di rumah tersebut pada Jumaat lalu sebelum dibawa ke ladang berkenaan dengan menaiki sebuah kereta Perodua Viva milik lelaki tempatan dan dicampak ke dalam perigi sedalam lima meter sebelum dibakar menggunakan kayu dan petrol sehingga rentung,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, pihaknya ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada seorang wanita yang juga pemilik ladang berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, mayat wanita yang rentung 90 peratus sehingga tinggal tulang dan tengkorak itu dipercayai dibakar di dalam perigi berkenaan selepas dibunuh di tempat lain.

“Susulan kejadian, kurang 12 jam penemuan mayat, empat lelaki termasuk seorang warga tempatan berusia 23 hingga 39 tahun bersama seorang lagi wanita Indonesia berusia 29 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di Semabok dan Rembia,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, di sini, semalam.

Umar berkata, tiga lelaki Indonesia dan wanita yang ditahan antara jam 1 dan 8 pagi semalam adalah rakan serumah mangsa, manakala lelaki tempatan berusia 39 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu adalah kenalan semua suspek.

“Mangsa bekerja di ladang cendawan di Lendu dan Ahad lalu majikannya ada membuat laporan berhubung mangsa yang tidak datang bekerja disyaki melarikan diri.

“Siasatan mendapati cemburu antara suspek wanita dan si mati menjadi motif pembunuhan berkenaan.

"Si mati dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang lelaki warganegara sama yang ditahan,” katanya.

Menurutnya, penangkapan kelima-lima suspek telah hampir berjaya menyelesaikan kes tersebut.

Bagaimanapun, pihaknya kini masih memburu seorang lelaki juga warga Indonesia yang dipercayai boleh membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Semua suspek ditahan reman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. - 
Sinar Harian

Wanita Dicampak Dan Dibakar Dalam Perigi Buta Wanita Dicampak Dan Dibakar Dalam Perigi Buta Reviewed by Admin on 10:29:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.