Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata medal itu akan dihantar ke makmal serta Jabatan Warisan Negara esok untuk diuji kesahihannya dan keputusan ujian tersebut akan diketahui dalam masa terdekat.
Katanya ujian di makmal penting bagi memastikan sama ada medal itu diperbuat daripada emas atau tembaga selain usia bahan itu sendiri, manakala ujian oleh Jabatan Warisan Negara perlu bagi memastikan artifak itu dari zaman Kesultanan Melayu Melaka.
"Kita harap artifak itu betul kerana ia penting dalam kita memetakan susur galur Kesultanan Melayu Melaka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek apartment The Green bernilai RM331 juta yang dijangka siap pada 2017, di Kota Laksamana di sini Khamis.
Laporan sebelum ini menyebut Pulau Nangka, yang merupakan pulau tidak berpenghuni berkeluasan kira-kira 20 hektar terletak 4 kilometer dari Pulau Besar, menyimpan khazanah dari Kesultanan Melayu Melaka bernilai berbilion ringgit.
Idris berkata syarikat Smart Partnership International yang telah tamat kontrak pencarian selama empat bulan pada pukul 12 tengah malam tadi, dibenarkan untuk meneruskan kerja pencarian harta itu sehingga keputusan ujian terhadap medal tersebut selesai.
"Sekiranya medal itu sahih, kita akan beri kebenaran untuk mereka teruskan, jika tidak kita arahkan mereka hentikan dan keluar. Perlu saya tegaskan kontrak kita dengan syarikat itu tidak melibatkan wang ringgit hanya persefahaman untuk kita bersama mencari artifak bersejarah peninggalan nenek moyang kita," katanya.
- Bernama
Dua Keping 'Pingat' Dipercayai Zaman Kesultanan Melayu Melaka Ditemui
Reviewed by Admin
on
9:33:00 PG
Rating: