Posmen Putus Sebelah Kaki Dalam Kemalangan



Jasin : Seorang posmen putus kaki kiri selepas terbabit kemalangan di Jalan Rim, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi, mangsa Khairul Zamry Zulkiflyi, 29, sedang bertugas menghantar surat di sekitar lokasi berkenaan.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa bergesel dengan sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia awal 20-an.

Kereta terbabit dikatakan membelok ke kiri lalu bergesel dengan motosikal mangsa menyebabkan Khairul Zamry terjatuh dari motosikal dan mengalami kecederaan parah putus kaki kiri dari paras betis.

Mangsa dihantar ke Hospital Jasin sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan kejadian dan berkata mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Melaka.


Posmen Putus Sebelah Kaki Dalam Kemalangan Posmen Putus Sebelah Kaki Dalam Kemalangan Reviewed by Admin on 10:53:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.