Pas Bukit Gelugor tolak Hadi, kekalkan Mat Sabu



GEORGETOWN - Pas kawasan Bukit Gelugor mencalonkan bekas Naib Presiden Pas, Ahmad Awang untuk bertanding jawatan presiden, yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Yang Dipertuanya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, melalui undian semalam semua anggota sebulat suara mencalonkan Ahmad untuk jawatan itu dan mengekalkan Mohamad Sabu untuk jawatan timbalan presiden.

"Keputusan untuk mencadangkan Ustaz Ahmad Awang sebagai presiden adalah berpandukan beberapa faktor antaranya beliau adalah tokoh yang memulakan inisiatif gabungan kerajaan antara Pas, DAP dan PKR di Perak pada tahun 2008, walaupun ketika itu Umno mengajak untuk membentuk kerajaan.

"Sikapnya yang tegas kerana memenuhi aspirasi rakyat yang menolak BN (Barisan Nasional) adalah amat dihargai. Penghayatan beliau kepada aspirasi pakatan rakyat lebih mendalam dan mampu menjalin hubungan yang baik selain berprinsip dengan rakan komponen pakatan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mujahid, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang berharap pencalonan itu dapat melonjakkan Pas ke hadapan.

Di samping itu, mesyuarat turut sepakat memilih Mujahid, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayob untuk jawatan Naib Presiden. - Bernama

Pas Bukit Gelugor tolak Hadi, kekalkan Mat Sabu Pas Bukit Gelugor tolak Hadi, kekalkan Mat Sabu Reviewed by Admin on 6:44:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.