Tips Kawal Marah


Smiley-Angry

Marah merupakan emosi yang tidak asing lagi yang berlaku kepada setiap manusia sekalipun mereka normal dan sihat. Tetapi apabila perasaan marah ini tidak dapat dikawal dan menguasai dii sendiri, emosi ini akan mengundang masalah di tempat kerja, dalam rumah tangga mahupun dalam keseluruhan kehidupan anda. Kemarahan yang tidak terkawal akan menyebabkan punca utama pergaduhan,pertelingkahan dan perceraian, malahan juga akan menyebabkan stres dan gangguan mental dalam kehidupan seseorang.

Rasa marah ni boleh disebabkan membawa kesan kepada dalaman dan luaran. Biasanya ia melibatkan perubahan fisiologikal dan biologikal seseorang ketika marah, tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga, adrenalin dan noradrenaline. Jadi jika anda ingin hidup dengan lebih seronok dan sihat,anda seharusnya mengawal kemarahan anda.


BertenangTarik nafas dalam-dalam ,tahan beberapa saat dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu anda menenangkan diri. Jika perlu, dapatkan pertolongan profesional atau belilah buku-buku yang berkaitan dengan cara menenangkan fikiran.

Ambil nafas dalam-dalam (dari bahagian diafragma). Jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda. Bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan 'bertenang' dan 'jangan susah hati'. Ulanginya dalam diri anda sendiri sambil mengambil nafas yang dalam.

Gunakan daya imaginasi anda untuk membayangkan suasana yang menenangkan, tidak kiralah sama ada ia hanya imaginasi ataupun dan kenangan lama. Lakukan latihan ala-ala yoga yang boleh menenangkan otot-otot anda dan menenangkan perasaan.

Susun semula pemikiran

Ringkasnya di sini, teknik ini bermaksud anda perlu mengubah cara pemikiran. Kebiasaannya seseorang yang sedang marah akan menghamburkan kata-kata caci maki, menyumpah-nyumpah atau bertindak keterlaluan. Pendek kata, pemikirannya akan berubah serta-merta. Jadi, setiap kali berasa marah, cuba tukarkan perkara-perkara tensebut dengan sesuatu yang lebih rasional. Contohnya, katakan pada diri anda; 'Ia sungguh mengecewakan', 'ia memang teruk', 'segalanya sudah musnah' dan 'saya faham yang saya sangat sedih kerananya, tapi ia bukan bermakna harapan tidak lagi ada dan marah bukanlah jalan penyelesaiannya'.


Berhati-hati dengan kata-kata 'tidak mungkin' atau 'selalu' ketika bercakap tentang diri anda dan orang lain. Contohnya, 'mesti ni tak pernah boleh digunakan' ATAU 'awak ni selalu lupa benda-benda penting'. Ini kerana ayat-ayat begini akan membuatkan anda atau orang lain rasa patah semangat untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ketika itu. Ingatkan diri anda; marah tidak dapat menyelesaikan masalah.


Selesaikan masalah

Kadangkala kemarahan atau kekecewaan itu timbul kerana beberapa masalah dalam hidup. Tapi bak kata orang, setiap masalah ada penyelesaiannya:

  • Rangka perancangan anda.
  • Jangan lupa semak perkembangannya.
  • Selesaikan masalah dengan cara yang paling baik tapi jangan terlalu menyalahkan diri sendiri jika anda tidak dapat memenuhi perancangan anda.
  • Berusaha sebaik mungkin akan mengurangkan tekanan anda, walaupun ia mungkin tidak selesai serta-merta.

Komunikasi yang baik

Kebiasaannya orang yang sedang marah terlalu cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu dan ia boleh jadi tidak tepat. Jika anda menghadapi satu perbincangan hangat yang mungkin mencetuskan kemarahan, anda patut bawa bentenang dan fikirkan sebaik-baiknya terlebih dahulu. Usah suarakan perkara pertama yang terlintas di fikiran serta-merta tanpa berfikir.

Jadilah seorang pendengar yang baik - terutamanya pada perkara-perkara yang boleh menyebabkan kemarahan. Jika anda dikritik, jangan melawan. Banyakkan mendengar dari pihak tersebut. Kekalkan ketenangan dalam diri anda bagi mengelakkan keadaan jadi lebih buruk.

Bertukar angin

Kadangkala, suasana sekeliling membuatkan kita rasa tertekan. Masalah tanggungjawab yang banyak pula amat membebankan dan semua ini membuatkan anda manah. Jadi anda haruslah membuka ruang pada diri sendiri. Luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang anda suka seperti bercuti dan sebagainya untuk memperbaharui mood anda.

Mencari alternatif

Jika sesuatu perkara itu sudah dijangkakan menimbulkan kemarahan, anda harus bijak mencari alternatif untuk mengelakkan dari berdepan dengan masalah itu. Sebagai contoh, jika kesesakan jalan raya sering menyebabkan anda marah, gunakan pengangkutan lain sepenti komuter, LRT dan sebagainya untuk ke pejabat.

Marahlah secara sihat

Ingatlah bahawa kemarahan merupakan emosi normal manusia. Dengan itu, harus diberi perhatian bahawa emosi yang baik penting untuk kita terus hidup dan untuk mempertahankan diri. Marahlah dengan cara yang sepatutnya dan terkawal tanpa menggunakan kekerasan atau kata-kata kesat. Tetapi usah memendamnya kerana kemarahan yang tidak diluahkan akan memberi kesan negatif terhadap seorang individu itudari segi mental baik fizikal.

Tips Kawal Marah Tips Kawal Marah Reviewed by Admin on 11:21:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.