“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”
( Al-Baqarah : 183 )
Ramadhan menjelma lagi.Syukur kepada Allah kerana kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk menikmati bulan yang mulia ini.Bagi orang bertakwa, kedatangan bulan ini merupakan satu nikmat yang tidak terhingga kerana di bulan ini juga seluruh umat islam menjalankan tanggungjawab mereka berpuasa mengikut rukun iman yang ke 3.Rasulullah pernah berdoa kepada Allah yang bermaksud ‘Ya Allah berkati kami dalam bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.’ (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad). Apabila bulan mulia ini menjelma,para sahabat nabi saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ yang bermaksud selamat datang Ramadhan!
Sempena bulan yang mulia ini, Allah telah membelenggu para syaitan dan jin yang durhaka, pintu-pintu surga dibuka dibuka seluas-luasnya dan pintu-pintu neraka ditutup serapat-rapatnya berdasarkan hadis berikut:
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِيْنُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِيْ مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ وَذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ
Pada bulan Ramadhan yang mulia ini pelbagai peristiwa besar berlaku seperti berlakunya perang pertama dalam islam iaitu Perang Badar dan telah diberikan kemenangan umat islam walaupun jumlah tentera islam sedikit berbanding orang kafir.Di bulan suci ini juga Kota Mekah telah dapat ditawan dan dibuka kembali berkat dengan doa dan pertolongan daripada Allah, kita seharusnya mengambil pengajaran dan iktibar daripada peristiwa ini.
Saya menyeru seluruh umat islam agar manfaatlah masa yang ada untuk beribadat kepada Allah. Anggaplah bulan ini bulan terakhir kita menyambutnya kerana tidak ada sesiapa yang mengetahui bilakah ajal kitadatang menjemput melainkan Allah. Jauhilah daripada perbuatan keji seperti fitnah memfitnah sepertimana yang telah berlaku kepada Ketua Pembangkang kita, Anwar Ibrahim. Semoga ibadat kita diterima Allah dan mendapat syafaat nabi di akhirat kelak.
Amin..
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
Reviewed by Admin
on
8:56:00 PTG
Rating: