7 Golongan yang Akan Dilindungi oleh Allah



Di dalam sebuah hadis sahih yang amat masyur bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Tujuh (7) golongan yang akan dilindungi oleh Allah di bawah teduhan rahmat-Nya pada hari (kiamat) yang tiada sebarangan lindungan melainkan lindungan rahmat-Nya iaitu;

1-Pemerintah yang adil,

2-Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya dalam beribadah kepada Allah,

3-Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid,

4-Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah (mereka bertemu & berpisah kerana Allah),

5-Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan,

6-Seseorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya,

7-Lelaki yang mengingati Allah s.w.t. berseorangan diri sehingga berlinangan air matanya".

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

7 Golongan yang Akan Dilindungi oleh Allah 7 Golongan yang Akan Dilindungi oleh Allah Reviewed by Admin on 10:00:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.