Kota Tinggalan Islam Kurun ke-7 Masihi



Qasr bermaksud Istana manakala Kharranah bermaksud Arnab padang pasir.

Qasr Kharranah terletak kira-kira 45 kilometer dari ibu negara Jordan, Amman.

Istana ini diberi nama Kharranah adalah kerana pada suatu ketika dikatakan kawasan tersebut dipenuhi oleh arnab padang pasir namun pada ketika ini ianya sudah tidak kelihatan.

Kota ini terletak di pertengahan laluan ke Azraq. Sebuah pekan yang terletak di timur negara Jordan yang turut merupakan laluan perhubungan utama ke negara Iraq dan Saudi Arabia.

Qasr Kharranah merupakan antara istana padang pasir yang terpelihara dengan baik. Ciri-ciri istana ini adalah seperti berikut:

  • 1. Berkeluasan 35m2 
  • 2. Pintu masuknya berbentuk bulat begitu juga disetiap sudutnya terdapat menara yang berbentuk bulat 
  • 3. Dikedua sisi pintu masuk terdapat bilik besar yang dipercayai sebagai tempat kandang kuda dan bilik stor 
  • 4. Terdapat 61 buah bilik di dalam kota yang menghadap ke dataran tengah istana. 
  • 5. Terdapat bilik yang dikatakan tempat tinggal bangsawan kaya dengan ukiran yang hebat pada bilik unik tersebut. (Ia berbeza dengan keadaan bilik lain yang terdapat di dalam kota) 
  • 6. Terdapat lubang pada dinding kota yang bertujuan untuk pengudaraan dan cahaya ke dalam setiap bilik. Bentuknya mengereng dan panjang yang memastikan ia bukanlah lubang yang digunakan untuk tujuan keselamatan (Arrow Slipt) 
  • 7. Terdapat longkang air bawah tanah yang disalurkan ke tengah kota. Namun sumber airnya tidak berada berdekatan dengan kota. Ia terletak disebuah wadi (lembah) yang agak jauh dari kota tersebut 
  • 8. Terdapat juga kesan masjid lama di tingkat atas kota 
  • 9. Di dataran kota (ruang tengah) dahulunya dikatakan terdapat atap dan tangga yang menhubungkan antara bilik, namun ia kini sudah runtuh akibat gempa bumi yang melanda pada kurun ke-7 masihi. 
  • 10. Terdapat 2 buah tangga di kiri kanan kota untuk naik ke tingkat atas kota. Ia masih kekal sehingga ke hari ini.

Kota Tinggalan Islam Kurun ke-7 Masihi Kota Tinggalan Islam Kurun ke-7 Masihi Reviewed by Admin on 5:58:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.