Pipi Dibakar Kerana Bercakap Dalam Kelas



SINGAPURA - Seorang guru taman kanak-kanak (TK) di Singapura ditahan oleh pihak polis setempat setelah membakar wajah muridnya, hanya kerana mereka bercakap di dalam kelas. Ketujuh murid yang menjadi korban tersebut menderita luka terbakar pada wajah mereka.

Guru perempuan yang bernama Yi ini, mungkin saja akan membakar wajah lebih banyak muridnya jika perbuatannya tidak dicegah oleh seorang guru lain yang kebetulan melalui ruang kelas.

Yi juga mengancam muridnya untuk tidak memberitahukan kejadian tersebut kepada orang tua mereka. Guru yang masih lbelum berkahwin tersebut menyuruh anak muridnya untuk mengatakan, luka pada wajah mereka diakibatkan krrana mereka jatuh di dalam toilet. Demikian dilaporkan China Daily.

Cheng Sixia, seorang orang ibu kepada murid yang melihat pipi anaknya terbakar, merasa curiga atas penjelasan guru berusia 30 tahun tersebut. Yi mengaku kepada orang tua murid itu, anaknya yang berusia enam tahun terjatuh di toilet kerana lantai toilet itu licin.

Cheng curiga dengan penjelasan kerana dia melihat luka tidak hanya pada wajahnya tetapi juga pada bahagian belakang telinga anaknya. Luka di telinga ini tentu saja tidak diakibatkan kerana terjatuh di toilet.

Setelah bertanya ke murid lain, Chui mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada anaknya. Dia akhirnya mengetahui wajah anak dibakar dengan bantal yang telah di seterika.

Yi mengaku dirinya hanya ingin menakuti anak muridnya dengan bantal itu. Namun ia tidak menyedari benda itu amat panas ketika gunakan kepada muridnya.

Yi pun kini telah ditahan pihak polis. Dia dipenjara selama 10 hari oleh polis Singapura.

Pipi Dibakar Kerana Bercakap Dalam Kelas Pipi Dibakar Kerana Bercakap Dalam Kelas Reviewed by Admin on 5:42:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.