RAMALLAH - Tentera Zionis pada Rabu (21/3/2012) menyerbu desa Nabi Saleh, berhampiran pusat bandar Ramallah, Tebing Barat, masuk ke rumah dan melakukan carian yang menyebabkan kerosakan di beberapa rumah warga sebelum menyita harta termasuk komputer, dokumen-dokumen dan telefon.
Pejabat media Nonviolent Resistance Committe Nabi Saleh melaporkan bahawa tentera juga masuk ke bangunan dan meyita komputer selain menyita tiga komputer dari rumah Basem At-Tamimi, yang ketika ini berada di penjara Israel atas kegiatannya melawan tembok pemisah dan penempatan haram.
Tentera juga menyerbu rumah Naji At-Tamimi, penyelaras Jawatankuasa Pupuler di desa dan menyita komputernya.At-Tamimi menyatakan bahawa tentera juga merampas sebuah telefon, modem internet, dokumen peribadi, sijil, buku dan majalah yang diterbitkan oleh Nonviolent Resistance Committe.
Serangan terhadap desa bermula setelah tentera menyekat semua jalan menuju kesana dan puluhan tentera dikerahkan di jalan-jalan sebelum membobol dan mencaribe berapa rumah.
sumber
Tentera Zionis Serang Desa Nabi Saleh di Ramallah
Reviewed by Admin
on
6:30:00 PTG
Rating: