Negara-negara Arab telah menyeru Presiden Syria Bashar al-Assad untuk segera menyerahkan kuasa bagi menamatkan rusuhan negaranya, kata Perdana Menteri Qatar Syeikh Hamad bin Khalifa Al-Thani.
"Ada kesepakatan tentang perlunya pengunduran diri secepatnya oleh Presiden Bashar al-Assad," kata Syeikh Hamad bin Khalifa Al-Thani kepada wartawan selepas pertemuan peringkat menteri Liga Arab di Doha yang berakhir pada Isnin lalu.
Liga Arab juga mendesak pemberontak Tentera Pembebasan Syria untuk membentuk kerajaan peralihan perpaduan nasional.
"Kami menyeru kepada pembangkang dan Tentera Pembebasan Syria untuk membentuk suatu kerajaan kesatuan nasional," kata Syeikh Hamad saat ia menyampaikan hasil pertemuan Liga Arab.
Dia mendesak Bashar untuk mengambil keputusan "berani" untuk menyelamatkan negara.
Secara nasional, 123 orang terbunuh dalam keganasan pada Ahad lalu, 59 dari mereka orang awam, kata sebuah Lembaga Hak Asasi Manusia Syria. Ia menambah bahawa selama masa tujuh hari sebanyak 1290 orang terbunuh, tiga suku daripada mereka adalah orang awam.
Syeikh Hamad mengatakan, Bashar "boleh menghentikan kerosakan dan pembunuhan dengan mengambil keputusan yang berani". Dia menambah bahawa hanya satu negara Kesatuan Liga Arab yang menyatakan keberatan atas penerimaan sikap itu.
Pertemuan di Doha pada Ahad itu juga bersetuju untuk menawarkan 100 juta dolar AS sebagai bantuan untuk para pelarian Syria, kata Syeikh Hamad yang juga menteri luar negeri Qatar.
Pada pembukaan pertemuan tersebut, Syeikh Hamad mengatakan bahawa utusan PBB-Liga-Arab Kofi Annan diberi tugas untuk menyusun polisi peralihan di Syria, setelah rancangan perdamaiannya gagal untuk menamatkan pertumpahan darah. Misi Annan "harus berubah", dia berkeras, dengan penekanan sekarang pada "alihan kuasa secara damai" di Syria.
Pertemuan Doha terjadi pada ketika pasukan Syria, yang disokong dengan helikopter tempur, melancarkan serangan baru pada Ahad terhadap kubu pemberontak di Damsyik.
Ketua dewan tentera pejuang pembangkang Tentera Pembebasan Syria Jeneral Mustafa al-Syeikh mengatakan kepada AFP bahawa "perang sesungguhnya" sedang berlangsung di Damsyik, dengan rejim Assad yang terbunuh.
Pertempuran meningkat sejak pengeboman Rabu lalu, yang membunuh ketua keselamatan negara Jeneral Hisyam Ikhtiyar, Menteri Pertahanan Jeneral Daoud Rajha, saudara ipar Bashar Assef Shawkat dan Jeneral Hassan Turkmani, ketua sel krisis rejim mengenai pemberontakan.
Jawatankuasa peringkat menteri Kesatuan Liga Arab tentang Syria dihadiri oleh Arab Saudi, Mesir, Sudan, Algeria, Iraq, Kuwait dan Oman.
Liga Arab Desak Bashar al-Assad Serah Kuasa
Reviewed by Admin
on
10:25:00 PTG
Rating: