10 Kampus Universiti Paling Cantik Di Dunia


Cite a Docks by Cattani Architects - Le Havre, France


Dibina daripada bekas-bekas kargo perkapalan, kampus kediaman yang moden ini dilengkapi dengan bilik mandi dan dapur sendiri. Rekabentuknya diangkat sedikit daripada tanah untuk mewujudkan ruang bagi tempat letak basikal, taman dan tempat untuk berteduh.

The Campagneplein Dormitory at University Twente by Arons & Gelauff Architects - Enschende, Netherlands


Apa yang menariknya mengenai kampus kediaman berketinggian 9 tingkat ini adalah salah satu sudutnya adalah climbing wall yang merupakan kedua tertinggi di Netherlands. Siapa yang terasa nak adventure pergi kelas tu mungkin boleh turun atau naik bilik dengan cara wall climbing. Haha.

"Smarties" at Utrecht University by Marlies Rohmer - Utrecht, Netherlands


Antara ciri-ciri menarik ialah buaian gergasi di mana kampus kediaman yang dihiasi dengan rekabentuk pixel pada bahagian luarannya ini dibina khas untuk masalah kekurangan rumah bagi anak-anak muda di Utrecht. Ianya agak padat di dalamnya tetapi masih nampak cantik juga.

Simmons Hall at MIT by Steven Holl - Cambridge, Massachusetts, US


Walaupun bangunan ini kelihatan agak besar (195,000 kaki persegi), namun ia hanya menempatkan seramai 350 orang pelajar dan dilengkapi dengan teater 125 tempat duduk, kafe waktu malam dan kemudahan yang canggih dan amat selesa.

Tietgen Dormitory by Lundgaard & Tranberg Architects - Copenhagen, Denmark


Kediaman yang terletak di Denmark ini boleh baca selanjutnya di sini.

Willow Street Residence Hall at Tulane University by Mack Scogin Merrill Elam Architects - New Orleans, Louisiana, US


Kolej ni dah macam rumah banglo mewah pula. Pasti heaven gila kalau dapat tinggal di sini.

McMurthy College at Rice University by Hopkins Architects - Houston, Texas, US


Dewan makan yang memang sangat awesome. Haha.

Taliesin Shelters at the Frank Lloyd Wright School of Architecture - Scottsdale, Arizona, US


Struktur yang direka dan dibina sendiri oleh student ini terletak di perkarangan alam semulajadi di sekeliling kampus dan ditawarkan kepada student sebagai tempat tinggal semasa menghadiri kuliah. Sangat cool!

Student Housing by Bevk Perovic - Poljane, Slovenia


Perumahan bagi para pelajar ini terletak betul-betul di pinggir bandar yang sibuk. Untuk menghalang bunyi-bunyi yang tidak diingini, arkitek bagi projek ini telah mereka panel aliminium berlipat, selain menambah unsur-unsur astetik pada bangunan ini.

M6B1 Student Housing by JDS Architects- Paris, France


Projek yang masih dalam peringkat konsep ini bersifat moden dengan tema kehidupan hijau di mana ianya diintegrasikan dengan pokok-pokok dan pasu-pasu bunga yang bergantungan. Bak kata orang, green is the new black. - Flavorwire


10 Kampus Universiti Paling Cantik Di Dunia 10 Kampus Universiti Paling Cantik Di Dunia Reviewed by Admin on 2:49:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.