Bagi Gaji RM7500 Suruh Cuci Pinggan Pun Tak Nak



SINGAPURA: Jumaat lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Sakae Sushi, Douglas Foo bercerita di radio UFM100.3 mengenai kepayahan untuk mencari pekerja berkolar biru tempatan. Ketika diwawancara, Foo berkata, dia tidak dapat mencari pencuci walaupun ditawarkan gaji Sg$3,000 (RM7,500) sebulan.

Perbualan itu menyebabkan debat umum, di mana ramai pengguna internet berpendapat tawaran gaji setinggi itu sukar dipercayai.

Seorang lelaki dipetik oleh akhbar tempatan sebagai berkata, "Saya pernah menjadi pengurus dan hanya dibayar gaji Sg$2,500 (RM6,247). Sukar untuk dipercayai seorang pencuci mendapat gaji Sg$3,000 (RM7,500)."

Walau bagaimanapun, ketika Foo ditemui oleh akhbar untuk diwawancara, bukan saja dia menolak kata-kata mereka yang skeptikal, malah menambah, Sakae Sushi kini mencari 10 pekerja untuk mencuci pinggan dan menjaga kebersihan kedai mereka.

Mereka juga perlu datang kerja lebih awal, sebelum kedai dibuka untuk membersihkan premis dan membuang sampah.

Walaupun restoran itu dilengkapi dengan mesin pencuci pinggan mangkuk, Foo berkata pekerja manual masih diperlukan untuk membersihkan sisa makanan dari pinggan mangkuk.

Katanya, calon pekerja mencuci pinggan didapati tidak sesuai, kerana itu mereka mempunyai kekosongan untuk 10 pekerja.

Semalam, syarikat itu melalui laman Facebooknya, mengesahkan mereka mencari pencuci pinggan warga tempatan atau penduduk tetap Singapura dengan tawaran gaji Sg$3,000, sebulan.

Dalam status yang dikemas kini pada jam 5 petang, Sakae Sushi berkata: “Kami mengesahkan kami mencari pekerja warga Singapura atau penduduk tetap dengan gaji Sg$3,000.”

Mereka yang memberi respons kepada status itu skeptikal dan menganggap ia cuma helah pemasaran. - ST

Bagi Gaji RM7500 Suruh Cuci Pinggan Pun Tak Nak Bagi Gaji RM7500 Suruh Cuci Pinggan Pun Tak Nak Reviewed by Admin on 3:05:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.