Samsung boleh dikatakan amat tidak berpuas hati dengan Apple terutama selepas mereka kalah dalam kes saman berkaitan hakcipta yang dibuat Apple di Amerika Syarikat baru-baru ini.
Mereka kini melancarkan kempen iklan yang menghentam produk Apple secara terang-terangan.
Sebelum ini, Samsung telah pun melancarkan iklan poster yang kontroversi apabila membuat perbandingan tanpa berselindung antara telefon Galaxy S III (GS3) dengan iPhone 5.
Iklan terbaru itu adalah sambungan kepada kempen iklan “Next Big Thing” yang dimulakan ketika iPhone 4S dilancarkan tahun lalu.
Baru dua hari dimuat naik ke Youtube oleh samsungmobileusa, klip berkenaan telah pun ditonton 3.6 juta kali.
Dalam iklan terbaru berkenaan, sama seperti iklan terdahulu, sekumpulan peminat Apple sedang asyik menanti dan berborak semasa sendiri akan kelebihan iPhone5 sebelum mereka mula terasa teruja apabila melihat ada orang lain menggunakan GS3.
Iklan tersebut juga cuba menzahirkan kononnya iPhone 5 adalah telefon pintar yang sesuai digunakan golongan tua manakala golongan muda menggemari GS3.
Memang merendah dan menghina iPhone 5 betul iklan terbaru itu.
Samsung Lancar Iklan Televisyen Perlekeh iPhone 5
Reviewed by Admin
on
6:12:00 PG
Rating: