Mas Kahwin Si Saiful Bukhari Untuk Nik Suryani RM41,101



25 Mei 

Boleh tahan, berduit juga si Saiful ni. Mas kahwinnya untuk Nik Suryani sahaja dah bernilai RM41,101.

Saiful, 28 dan Nik Suryani Megat Deraman, 33, selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, tepat jam 3.30 petang tadi. Mereka dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan.

Pasangan mengenakan persalinan bewarna putih. Pihak perempuan menerima 9 hantaran dan dibalas 11 hantaran dengan mas kahwin bernilai RM41,101.

Mereka akan bersanding di Dewan Konvensyen TTI jam 8.30 malam ini, manakala majlis di pihak Saiful akan diadakan pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur.


Mas Kahwin Si Saiful Bukhari Untuk Nik Suryani RM41,101 Mas Kahwin Si Saiful Bukhari Untuk Nik Suryani RM41,101 Reviewed by Admin on 8:26:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.