Peraih Ikan Mati Ditembak Selepas Solat Isyaki



PASIR PUTUH: Memilukan apabila seorang peraih ikan yang baru selesai solat Isyak berjemaah mati ditembak sebaik keluar dari pintu pagar masjid dalam kejadian di Masjid Nurul Anuar (MNA) di Kampung Pachakan, Dalam Rhu, Semerak, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa Zahari A Razak, 56, ditembak sekurang-kurangnya lima das dan tembakan itu terkena rusuk kiri ketika memandu BMW untuk pulang ke rumahnya yang terletak hanya satu kilometer dari masjid.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan.

Rakan mangsa, Rajab Yusoff, 53, berkata, dia melihat kereta dipandu mangsa tiba-tiba `melencong’ ke arah kanan sebaik melewati pintu pagar masjid sebelum terbabas ke kawasan lapang bersebelahan masjid.

"Saya terus bergegas mendapatkan Zahari yang juga AJK masjid sebelum terkejut melihat dia terkulai di tempat duduk pemandu dalam keadaan berlumuran darah.

"Walaupun panik, saya berusaha menyelamatkannya, namun, sebaik mendapati dia semakin `nazak’, saya terus mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya ketika ditemui di pekarangan masjid.

Kosmo

Peraih Ikan Mati Ditembak Selepas Solat Isyaki Peraih Ikan Mati Ditembak Selepas Solat Isyaki Reviewed by Admin on 9:18:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.