Balik Ke Sarang Lihat 'Isteri' Curang, Ini Reaksi Penguin Sungguh Tidak Dijangka!



HAIWAN juga ada perasaan! Seekor penguin bagaikan 'hilang akal' apabila pulang ke sarang dan menjumpai 'sang isteri' bersama penguin jantan lain.

Bagaikan kisah cinta tragik, 'si suami' terus menerkam penguin jantan di situ dan memulakan pergaduhan.

Kedua-dua penguin jantan memukul lawan masing-masing sehingga berlumuran darah selama beberapa minit.

Dalam keadaan berlumuran darah, 'skandal' si isteri pulang ke sarang, sambil sang suami mengekori.

Pergaduhan tercetus lagi di dalam sarang di mana sang isteri hanya melihat tanpa meleraikan pergaduhan kedua-dua penguin jantan berkenaan.

Akhirnya, sang suami mengaku kalah, kelihatan ia seolah-olah mengatakan sesuatu kepada sang isteri, umpama merayu untuk sang isteri menerimanya kembali.

Si isteri bagaimanapun memeluk 'teman lelakinya', menyebabkan si suami berlalu pergi.

Kejadian berkenaan berjaya dirakam dan disiarkan oleh National Geographic malam semalam.

Rakaman tersebut pantas viral di laman sosial, sambil majoriti pelayar terkejut dengan kejadian tersebut.

"Si suami kalah, hilang keluarga, kemudian berlalu pergi. Tidaaakkkkkk!" kata Chieft di Twitter.

"Ini adalah kisah penguin paling menyedihkan saya tonton tahun ini," kata Shayne.

"Si suami merayu kepada si isteri, tetapi si isteri tidak mahu menerima si kalah," tulis Jack.

Sumber: Sinar Harian

Balik Ke Sarang Lihat 'Isteri' Curang, Ini Reaksi Penguin Sungguh Tidak Dijangka! Balik Ke Sarang Lihat 'Isteri' Curang, Ini Reaksi Penguin Sungguh Tidak Dijangka! Reviewed by Admin on 12:45:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.