63. Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu (Bani Israel) semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman): "Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa.
64. Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi.
65. Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".
66. Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: Ayat 63-66)
TAFSIR: Sabtu (ayat 65) - hari Sabtu ialah hari yang khusus untuk beribadat bagi orang-orang Yahudi
kera yang hina (ayat 65) - sebahagian ahli Tafsir memandang bahawa ini sebagai suatu perumpamaan, ertinya hati mereka menyerupai hati kera, kerana sama-sama tidak menerima nasihat dan peringatan. Pendapat Jumhur mufassir ialah mereka betul-betul berubah menjadi kera, hanya tidak beranak, tidak makan dan minum, dan hidup tidak lebih daripada tiga hari.
64. Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi.
(Surah Al-Baqarah: Ayat 63-66)
TAFSIR: Sabtu (ayat 65) - hari Sabtu ialah hari yang khusus untuk beribadat bagi orang-orang Yahudi
kera yang hina (ayat 65) - sebahagian ahli Tafsir memandang bahawa ini sebagai suatu perumpamaan, ertinya hati mereka menyerupai hati kera, kerana sama-sama tidak menerima nasihat dan peringatan. Pendapat Jumhur mufassir ialah mereka betul-betul berubah menjadi kera, hanya tidak beranak, tidak makan dan minum, dan hidup tidak lebih daripada tiga hari.
Balasan Allah Terhadap Bangsa Yang Gemar Mengkhianati Janji
Reviewed by Admin
on
12:58:00 PTG
Rating: