Pada peringkat awal perkembangan biologi tubuh wanita, payu dara adalah agak kecil dan tidak kelihatan. Pada usia sekitar 10 tahun pula, lapisan lemak di bawah epidermis masih lagi tidak terlalu tebal manakala ketika mencapai tahap matang, berlaku perkembangan optimum tubuh wanita. Ketika inilah pertumbuhan payu dara mulai matang.
Memiliki payu dara yang cantik merupakan aset seorang wanita. Namun semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaannya, menyebabkan payu dara jatuh atau kurang menarik.
Pakai Coli Yang Sesuai
Golongan wanita perlu memakai coli yang bersesuaian dengan saiz payu dara bagi menguatkan sokongan luar di samping meningkatkan keselesaan dan memberi bentuk tubuh yang cantik.
Cara memilih coli juga perlu betul, iaitu dengan mengambil kiraan ukur lilit bahagian bawah payu dara dan ukuran lilit payu dara. Kedua-dua jumlah ini ditolak dan hasilnya adalah ukuran yang anda perlukan.
Contoh : jika ukuran bawah ialah 84 sentimeter (sm) ditolak ukuran payu dara 72 sm menjadikan beza 12 sm. Coli ukuran mangkuk A ialah 10 sm, B pula 12.5 sm dan C ialah 15 sm. Jika beza diperoleh 12 sm bermakna anda perlukan coli B cup.
Pemakaian coli yang salah dan tidak sesuai juga boleh mengakibatkan masalah-masalah belakang, sakit kepala, ketegangan leher, ruam dan menarik struktur ligamen pada tubuh badan. Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada ujian yang membuktikan bahawa coli penyebab kanser payu dara.
Apa pun, menjadi satu kelaziman wanita gemar memakai coli yang mempunyai mangkuk yang terlalu kecil atau terlalu longgar di bahagian tubuh bagi menampakkan bentuk yang menawan.
Memakai coli yang salah bukan sahaja tidak menyenangkan malah mungkin merimaskan. Jadi bagi mengelakkan terjadinya perkara yang lebih memudaratkan, wanita dinasihatkan memakai coli yang sesuai dan selesa dengan kehendak payu dara.
Tips Pemilihan Coli
* Pastikan tali coli di belakang tidak terangkat. Sekiranya terangkat, ia bermaksud coli tersebut terlalu besar untuk anda.
* Tali coli tidak terjatuh di bahu. Penyelarasan tali tersebut diperlukan atau gunakan tali yang lebih lebar.
* Pastikan payu dara tidak terjojol keluar dari mangkuk coli.
* Pastikan coli yang digunakan selesa dan tidak terlalu ketat.
Cara Memakai Coli Yang Betul
# Letakkan tali coli ke kedua-dua bahu.
# Tundukkan badan dan baiki kedudukan payu dara sehingga memenuhi mangkuk coli.
# Pastikan tali coli di belakang dicangkuk kemas.
# Berdiri lurus dan selaraskan tali coli supaya berada di kedudukan yang betul.
# Pastikan coli berada di kedudukan selesa dan tidak terangkat serta tidak terlalu ketat.
Bra Boleh Merosakkan Payu Dara?
Reviewed by Admin
on
7:19:00 PTG
Rating: