SAFEE meletakkan sasaran beraksi di luar negara sekurang-kurangnya lima tahun sebelum kembali ke tanah air
JIKA ada yang menganggap betapa penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali sudah ‘lupa daratan’, itu suatu kesilapan.
Keputusan pemain kelahiran Kajang, Selangor itu untuk tidak ‘berpatah-balik’ beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga- M) dalam waktu terdekat seperti mana dilaporkan Kosmo! Ahad semalam sewajarnya dihormati dan bukannya dikecam tanpa usul perik- sa oleh mana-mana pihak.
Memberi tempoh sekurang-kurangnya lima tahun kepada diri sendiri untuk ber- kelana bersama kelab luar, penyerang Pelita Jaya itu pastinya mempunyai sebab tersendiri untuk kekal ‘bermastautin sementara’ di luar tanah air tercinta.
Memang benar, ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’. Cuma, sekarang bukanlah masa yang sesuai buat Safee bertindak menjadi ‘sirih yang pulang semula ke ganggang’.
Menginjak usia 28 tahun pada 29 Januari ini, tidak lain tidak bukan, Safee pastinya mahu menobatkan karier bola sepaknya ke seantero dunia – suatu kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Bukannya sombong dan mendabik dada jika Safee tidak mahu beraksi semula di tanah air tetapi peluang menimba ilmu bersama kelab elit di luar negara pasti- nya tidak ternilai, waima dibayar gaji se- banyak RM1 juta sekalipun semata-mata mahu ‘memancing’ Safee semula supaya kembali beraksi dalam Liga-M.
“Safee hanya mahu beraksi dalam sku- ad utama. Jika dibayar gaji mencecah RM1 juta tetapi sekadar memanaskan bangku simpanan atau beraksi bersama skuad simpanan, buat apa?
“Jadi sekiranya ada pasukan dari Malaysia yang mahu mendapatkan khidmat- nya berserta dengan tawaran yang mena- rik, Safee sedia kembali ke Liga-M,” kata pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim kepada Kosmo!
Minggu lalu, Safee terpaksa bergegas pulang ke tanah air bagi mengadakan sidang akhbar khas mengenai tanda tanya berhubung masa depannya bersama kelab Pelita Jaya.
Semuanya gara-gara Liga Super Indo- nesia (ISL) dilaporkan diharamkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) gagal menyelesai- kan sebarang perkara berbangkit berhubung isu tersebut sebelum 20 Februari depan.
Selain dikaitkan kembali semula ke Liga-M, Safee juga tidak menolak kemungkinan berhijrah ke Liga Belgium ataupun Liga Australia bagi menyelamat- kan kariernya yang dikhabarkan tidak boleh beraksi bersama pasukan kebangsaan jika benar ISL diharamkan.
Pada masa sama, masa depan Safee bersama Pelita Jaya juga bakal diketahui tidak lama lagi apabila Zakaria akan ter- bang ke Jakarta esok bagi membincangkan lebih lanjut kotrak lanjutan penyerang itu bersama kelab tersebut.
Apa yang pasti, keprihatinan peminat dan pemerhati bola sepak tempatan mengenai nasib Safee itu jelas menjadi bukti betapa penyerang tersebut merupakan aset kebanggaan negara ketika ini.
Bukan apa, katakanlah Safee tidak beraksi dalam ISL, sampai ‘tunggang- terbalik’ PSSI ‘dikerjakan’ FIFA pun pastinya langsung tidak dipedulikan peminat tempatan.
Ia sememangnya tidak adil kepada bapa kepada dua puteri comel – Nur Syaza Syaqina, 3, serta Nursyasya Safirna, 1, serta suami kepada Sabrina Yusof itu yang jelas menjadi ‘mangsa’ ego segelintir pemimpin PSSI yang dilihat mementingkan kepentingan peribadi tanpa memikirkan masa depan bola sepak Indonesia.
Inilah kata orang, ‘disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga’. Tak semena-mena Safee juga terheret sama.
Apa yang pasti, komitmen tinggi yang ditunjukkan Safee wajar dicontohi oleh mana- mana pemain supaya tidak terlalu mendabik dada dengan populariti di luar padang.
Mengikut laman rasmi Facebook pemain itu, Safee yang selamat tiba di Jakarta pukul 12.30 malam Selasa lepas terus sahaja menjalani latihan bersama Pelita Jaya pukul 7 pagi tanpa mempedulikan keletihannya yang sehari suntuk mengharungi jadual padat yang diaturkan kesemua pihak sepanjang dia berada di tanah air tempoh hari.
Selain Safee, tindakan bekas rakan sepasukannya di Selangor, Safiq Rahim yang juga enggan diberikan pengecualian latihan sebaik tiba di tanah air selepas menjalani ujian bersama kelab England, Cardiff City bulan lalu juga sewajarnya dipuji.
Bukan apa, ia jelas berbeza de- ngan sikap segelintir pemain bintang negara yang didakwa enggan menjalani latihan hanya semata-mata ‘perasan’ diri sudah hebat sangat sehingga menyusah- kan jurulatih dan rakan sepasu- kan.
Bukan hendak menyindir sesiapa tetapi ‘siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedas’. Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang, bukan?
Harus diingat, pemain bola sepak juga datang dan pergi seperti mana manusia biasa. Jadi, cukup- cukuplah hendak ‘besar kepala’ jika mahu kekal lama dalam ‘industri’.
sumber
Disiplin Safee Wajar Dicontohi
Reviewed by Admin
on
7:53:00 PG
Rating: