Erykah Bertatoo Allah Akan Adakan Konsert Di KL?



KUALA LUMPUR – Kewajaran Erykah Badu untuk mengadakan konsert di Malaysia pada 28 Februari ini dipersoalkan ramai ekoran gambar kontroversinya yang mempamerkan badannya bertatoo dengan kalimah Allah tersebar di internet sebelum ini.

Seorang peminat industri hiburan tanahair yang prihatin dengan isu tersebut telah mengirimkan emel kepada blog hiburan popular, Rotikaya.com, mempersoalkan kelulusan yang berikan kepada Ratu Neo-Soul itu mengadakan persembahannya di Malaysia.

“Peminat ini berminat bertanyakan siapa sebenarnya yang layak memberikan kebenaran untuk Erykah Badu mengadakan persembahan di Malaysia jika beliau pernah menggunakan ALLAH (kalimah) sebagai tattoo?,” kata pemilik blog tersebut.

Gambar tersebut menyaksikan Erykah Badu memakai tatoo palsu bertulis kalimah Allah yang sengaja dilekatkan di bahagian atas dada dikiri dan kanannya.

Menurut blog itu lagi, Erykah Badu mengaku dirinya beragama Islam dan difahamkan bahawa beliau merupakan salah seorang penganut Five Percenters di mana para ulama sunnah wal jamaah secara sepakat tidak mengiktiraf golongan serpihan ini sebagai muslim sejati.

Erykah Badu dijadualkan mengadakan persembahan secara langsung di Malaysia pada 28 Februari ini di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) anjuran Pineapple Concerts Sdn Bhd.

Konsert “Erykah Badu Live in Kuala Lumpur” itu juga merupakan konsert di dalam siri jelajah ‘Australasia’nya dan Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama.

Penyanyi kelahiran Texas, Amerika Syarikat ini pernah dikritik hebat ekoran sebuah video klip yang dirakamkan di bandar kelahirannya itu dan menyaksikan beliau berjalan-jalan sambil menanggalkan pakaiannya satu persatu sehingga berbogel tahun lalu.
sumber

Erykah Bertatoo Allah Akan Adakan Konsert Di KL? Erykah Bertatoo Allah Akan Adakan Konsert Di KL? Reviewed by Admin on 3:49:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.