Ukuran populariti Inoue dapat dilihat apabila filem terbaru lakonannya, Boku no Hatsukoi wo Kimi ni Sasagu yang dimainkan bersama pelakon muda Okada Masaki, mencapai kutipan sebanyak 250 juta yen (RM10.5 juta) pada minggu pertama ditayangkan.
Ia turut menewaskan kutipan filem Shizumanu taiyo yang menampilkan gandingan pelakon terkenal Watanabe Ken dan Matsuyumi Yasuko.
Malah kerana popularitinya juga, dia dinobatkan sebagai Pemilik Mata Tercantik 2009.
Teruja dengan pengiktirafan tersebut kata Inoue: "Sebenarnya saya rabun dekat sejak kecil. Tapi saya lebih selesa memakai kanta lekap berbanding cermin mata sewaktu bekerja."
Inou Mao, Wanita Mata Tercantik Di Jepun
Reviewed by Admin
on
3:37:00 PTG
Rating: