Laman web perkongsian file Megaupload telah ditutup secara rasminya oleh kerajaan US manakala pengasasnya, Kim Dotcom yang dulu dikenali sebagai Kim Schmitz bersama tiga eksekutif syarikat yang lain telah ditahan atas dakwaan melanggar hak cipta. Adakah ini bermakna kerajaan US telah benar benar melaksanakan SOPA walaupun telah ditentang banyak website popular dunia yang lain?
Dua hari lepas, Wikipedia telah mem’blackout’ kan websitenya selama 24 jam untuk membantah perlaksaan SOPA namun nampaknya tindakan itu tidak mengubah apa apa. Yang pasti, makin susah lah penduduk dunia yang download movie, lagu atau file lepas ni. Kejap, note lecturer admin pun letak kat Megaupload kot!
Pelawat Megaupload cecah 50 juta sehari
Untuk sehari, purata pelawat yang masuk ke Megaupload dianggarkan mencecah 50 juta. Jika disabitkan kesalahan, mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman maksima 20 tahun penjara atas caj penipuan, 5 tahun untuk berkomplot, 20 tahun untuk penggubahan wang haram dan 5 tahun lagi atas tuduhan berkaitan.
Pendakwa Persekutuan AS mendakwa Megaupload melanggar hak cipta dan menjadi penyebab $620 juta hasil yang sepatutnya didapati melalui filem dan lain lain hilang. Atas penutupan rasmi Megaupload ini juga, team hacker terkenal dunia, Anonymous dikatakan telah meng’hack’ laman web Jabatan Keadilan US dan laman web FBI. Namun begitu, info sebenar masih belum disahkan. Laman web perkongsian file yang lain juga diminta berjaga jaga.
LamanKongsi : Laman web perkongsian file yang popular di Malaysia adalah Mediafire, harap harap tak terkena sekali. ^_^
sumber
Laman Megaupload ditutup, Pengasas Ditangkap, Perlanggaran Hak Cipta
Reviewed by Admin
on
4:25:00 PTG
Rating: