Pelik! Ikan Aneh Mirip Buaya



Baru-baru ini Negara kita dikejutkan oleh kewujudan seekor ikan yang mirip buaya. Aneh tapi benar.. begitulah pendapat para penduduk yang mendiami kawasan Teluk Intan, Perak apabila mendengar berita ini. Ikan aneh ini muncul di sekitar kawasan tersebut sejak beberapa hari yang lalu.


Kemunculan ikan aneh yang dipercayai terdiri daripada spesies ikan pemangsa, alligator garr itu menimbulkan tanda Tanya kerana ikan ini tidak pernah ditangkap oleh mana-mana penduduk Teluk Intan sebelum ini. Bagaimanapun, tanda Tanya ituterjawab apabila ikan yang mempunyai muncung dan bergigi tajam itu dikenalpasti berasal dari Amerika Utara. Namun persoalan baru pula timbul apabila desas desus yang mempertikaikan bahawa, bagaimana caranya seekor ikan yang berasal dari Amerika Utara boleh wujud di Malaysia..?

Pelik! Ikan Aneh Mirip Buaya Pelik! Ikan Aneh Mirip Buaya Reviewed by Admin on 4:43:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.