Para pengkaji menemukan mee yang sudah sangat lama terkubur di sebuah pemakaman China. Bersama mee segera, turut ditemukan pula tubuh yang terawetkan, serta makanan-makanan lain seperti bubur, dan kuih kering.
Para pengkaji meyakini bahawa penemuan itu sudah berusia 2.500 tahun. Artikel ini juga ini dikeluarkan pada Journal of Archaeological Science.
Pada kuburan tersebut, mee ditemukan dalam sebuah mangkuk tembikar, di atas kepala kambing (yang mungkin punya makna simbolik), serta mangkuk tembikar lainnya juga dipenuhi oleh bubur, serta kuih berbentuk bulan sabit, yang menyerupai kuih bulan di zaman China moden.
Analisa kimia terhadap tepung pada penemuan tersebut, mengungkapkan bahawa baik mee mahupun kuih tadi terbuat dari padi-padian biasa. Setelah melakukan serangkaian percubaan kemudian para pengkaji meyakini bahawa butiran-butiran bijian di dalam mangkuk tersebut direbus menjadi bubur, meei direbus, dan kuih dibakar.
"Teknologi pembakarannya bukan seperti teknik tradisional pada masakan China kuno, dan ini sangat jarang dilaporkan," kata Yiwen Gong, ketua kumpulan kajian dari Graduate University of Chinese Academy of Sciences.
Dari penelitian ini, ia yakin bahawa penemuan makanan ini menunjukkan bahawa teknik pembakaran seperti itu merupakan praktik memasak yang telah menyebar di bahagian utara barat laut China sejak 2500 tahun lalu.
Penelitian ini sendiri dilakukan oleh Gong Cs, di pemakaman Subeixi di Daerah Turpan, Xinjiang China. Tempat ini adalah pusat pertemuan antara China Timur dan China Tengah, dengan iklim gurun pasir. "Iklim di sini sangat kering sehingga banyak mumia dan tumbuhan terawetkan secara semulajadi, tanpa membusuk." kata Gong.
Dari penemuan ini, diperkirakan juga bahawa orang China merupakan salah satu pembuat roti pertama. Sebab, kuih-kuih yang ditemukan ditempat itu menunjukkan bahawa mereka dibuat menggunakan sebuah tungku pembakaran yang hampir sama dengan oven ketuhar.
Sebelumnya, para penyelidik meyakini bahawa orang Mesir-lah yang merupakan pembuat roti pertama, didasarkan pada penemuan yang diperkirakan berusia sama pada zaman tersebut.
Setidaknya pada penemuan baru di bahagian utara China ini, terungkap bahawa orang China adalah salah satu pembuat roti awal yang memiliki teknik memasak yang kompleks. "Dengan menggunakan api dan dan batu gerinda, butiran-butiran dalam jumlah besar dimasak menjadi makanan utama," kata Gong.
Gong dan kumpulannya, menambahkan padi-padian yang menjadi bahan pembuatan makanan itu, telah ada di kawasan itu sejak sekitar 10.000 tahun yang lalu di barat laut China dan mungkin telah menjadi makanan utama kerana ketahanannya terhadap keadaan kering dan kemampuannya untuk tumbuh di daerah yang tak subur.
Sementara itu, di laman arkeologi Laija yang juga terletak di barat laut China, Houyuan Lu penyelidik dari Institute Geologi dan Fisik Chinese, Academy of Sciences, beserta penyelidik lain juga berjaya menemukan mee yang terbuat dari butir-butir padi berusia sekitar 4.000 tahun yang lalu.
Pada kes ini, mee yang ditemukan termasuk tipis lembut dan panjangnya lebih dari 50 cm dan berwarna kuning. "Mee ini mirip dengan mi La-Mian, sebuah mee tradisional China yang dibuat dengan cara menekan dan menarik adunan secara berulang-ulang menggunakan tangan," kata Lu dan rekan-rekannya.
Pembongkaran - Mee Berusia 2500 Tahun di China
Reviewed by Admin
on
3:40:00 PTG
Rating: