Gesaan itu berikutan dakwaan mereka Malaysia tidak berkemampuan untuk menyiasat kehilangan itu secara sendirian.
Wakil daripada 3 negara itu meminta Malaysia agar bersetuju bahawa sebarang serpihan yang ditemui dari MH370 perlu dikaji di Australia dan jika perakam suara kapal ditemui, kandungannya akan dimuat turun dan dianalisa di negara itu dengan bantuan Britain dan AS.
Menurt sumber, wakil daripada Australia telah datang ke Kuala Lumpur hujung minggu lalu dengan tujuan untuk menyampaikan hasrat untuk mengambil alih siasatan kehilangan berkenaan.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China, dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.
sumber
MH370: Britain, AS Dan Australia Mahu Ambil Alih Siasatan Dari Malaysia
Reviewed by Admin
on
1:00:00 PTG
Rating: