PETALING JAYA: Keraguan pelakon Wardina Safiyyah mengenai kesahihan ceramah agama Ustaz Don yang dikatakan menggunakan hadis-hadis palsu terjawab apabila dia dapat bercakap dengan penceramah itu.
Wardina berkata, ustaz tersebut telah memberi penjelasan dan menjawab kemusykilan yang timbul selain dia juga turut meminta maaf terhadap isu berkenaan yang menjadi kontroversi.
"Saya sudah berhubung secara peribadi dengan Ustaz Don melalui telefon dan dia sudah memberi penjelasannya.
"Hanya Allah lebih tahu segala-galanya dan saya harap isu ini tidak diperbesarkan lagi," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.
Wardina juga enggan mengulas secara terperinci apa yang dibualkan dengan ustaz berkenaan.
Dalam pada itu, Wardina berkata, dia mengambil pendekatan memohon maaf kepada Ustaz Don apabila banyak pihak mengehentamnya selepas dia bertindak berkongsi rakaman kompilasi video ceramah yang dikatakan mengaibkan ustaz tersebut.
Sementara itu, pelakon Spanar Jaya itu memberitahu dia tidak akan memuat naik sebarang status lagi dan menyerahkan pengendalian laman Facebook miliknya kepada pihak pengurusan buat sementara waktu.
Katanya, tindakan itu bagi mengelakkan sebarang provoksi yang ditimbulkan oleh pengguna laman sosial itu yang boleh memburukan lagi keadaan.
"Saya tidak akan muat naik apa-apa status buat masa ini bagi meredakan keadaan, semua perkara tentang laman sosial ini akan dikendalikan oleh admin," katanya.
Pada 16 April lalu, Wardina telah mengeluarkan kenyataan melalui Facebook miliknya dengan mempersoalkan kandungan ceramah Ustaz Don melalui video yang telah tersebar di Internet.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut disalah tafsir dan mendapat reaksi negatif daripada segelintir pelayar laman sosial dengan menganggap Wardina cuba mengaibkan ustaz berkenaan.
Bagaimanapun Ustaz Don dalam reaksi balasnya menerusi rakaman video menganggap apa yang berlaku itu sebagai satu fitnah apabila rakaman ceramahnya yang disebarkan itu merupakan kandungan yang sudah diedit.
Ustaz Don atau Don Daniyal merupakan hos bagi rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di TV AlHijrah. - mStar

Wardina Mohon Maaf Kepada Ustaz Don & Berhenti Update Status Facebook Buat Sementara Waktu
Reviewed by Admin
on
10:09:00 PG
Rating: