Selepas dua minggu ketiadaan bekalan air ekoran peperangan yang tercetus di kawasan tersebut selama 50 hari sebelum ini, seorang penduduk Palestin, Abu Osama terpaksa bertindak sendirian seperti beratus penduduk lain dengan menggali perigi berhampiran rumah masing-masing.
Sejak kempen serangan Israel tercetus hampir dua bulan sebelum ini, yang menyebabkan bekalan air dan elektrik terputus, Osama mengambil saat gencatan senjata ketika ini untuk melakukan kerja-kerja mengorek perigi.
"Bekalan air yang dibekalkan oleh pihak perbandaran masih belum tiba sejak lebih daripada dua minggu lalu dan terdapat 50 orang ahli keluarga berada di dalam rumah. Sebahagiannya termasuk kanak-kanak yang ramai.
"Oleh itu saya menentukan untuk menggali sebuah telaga untuk mengambil air secara terus bagi kegunaan seisi rumah," katanya yang berumur 45 tahun. - AFP
Cara Penduduk Palestin Mendapatkan Sumber Air Bersih
Reviewed by Admin
on
7:40:00 PG
Rating: