Tiga blok bangunan di sebuah resort peranginan bertaraf tiga bintang, Raintree Beach and Golf Resort, di Kampung Pulau Simpangan, Tuaran, musnah dalam satu kebakaran di sini petang Sabtu.
Antara yang musnah dalam kebakaran pada kira-kira pukul 4 petang itu ialah pejabat urusan dan bilik mesyuarat resort yang terletak kira-kira 34km dari sini.
Ketika kejadian, difahamkan terdapat enam pekerja berada di premis itu dan kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, kebakaran dipercayai berpunca dari bilik pejabat resort itu yang disedari salah seorang kakitangan resort terbabit.
"Pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam berhubung kebakaran itu pada pukul 4.44 petang dan mengerahkan 30 anggota dari Balai Bomba Tuaran, Kota Kinabalu dan Jalan Lintas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.
Menurut jurucakap itu, setibanya pasukan bomba di resort itu, api sedang marak membakar hampir 80 peratus kawasan blok berkenaan dan pihaknya berjaya mengawal kebakaran pada kira-kira pukul 6.20 petang.
"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Resort itu yang dahulu dikenali Mimpian Jadi Resort merupakan antara pusat percutian terkenal di Tuaran.
Lagi Gambar Kebakaran di Mimpian Resort Tuaran, Sabah
[Gambar] Mimpian Resort Tuaran, Sabah Terbakar
Reviewed by Admin
on
7:47:00 PG
Rating: