“Cabaran paling teruk adalah ketika melakukan babak jatuh dari tingkat 4. Persiapan awal tak dilakukan dengan baik dan pengiraan saya juga silap. Saya terhempap di bahagian belakang dan akibatnya, ia mendatangkan kecedaraan di bahagian belakang saya.
Saya tak boleh nak ‘bajet’ sebab saya jatuh dari bahagian belakang, kalau bahagian depan mungkin saya dapat kawal. Selepas jatuh, saya tak bernafas dalam lima saat dan memang susah nak tarik nafas,” kongsi Farid sambil menafikan dia tidak serik untuk melakukan aksi lagak ngeri.
“Bukan tak serik tapi malang tak berbau. Memang saya ada cakap nak kurangkan aksi lagak ngeri, namun saya memang tak sangka benda itu akan berlaku. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan akan pastikan saya melihat dulu pakar buat sebelum saya sendiri melakukan aksi. Kalau selamat untuk lakukan, saya akan buat,” ujar Farid ketika ditemui pada majlis tayangan media filem ‘Kaki Kitai’ di TGV Setia Walk, Puchong pada Isnin.
Berkongsi mengenai watak dan pengalamannya dalam filem terbitan Metrowealth ini, Farid memberitahu dia memegang watak sebagai Inspektor Farid dan pertama kali bergandingan dengan Shaheizy Sam dalam filem yang sama. Menurut Farid, walaupun jarang bekerjasama, namun mereka tidak ada masalah dalam mewujudkan keserasian ketika berlakon.
Selain Farid Kamil dan Shaheizy Sam, ‘Kaki Kitai’ turut dibintangi oleh Fezrul Khan, Adam Corrie, Emily Chan, Epy Kodiang, Along Eyzendy dan ramai lagi. Filem arahan Azaromi Ghazali ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 20 November 2014.
Farid Kamil Cedera Jatuh Dari Tingkat 4 ?
Reviewed by Admin
on
10:14:00 PTG
Rating: